Recent update
Cuti Sekolah…Exam…Konvo…PAC
August 21st, 2005 by alonganis
Isnin…17 Rejab 1426 / 22 Ogos 2005
Cuti sekolah datang lagi. Walaupun dah lama meninggalkan alam persekolahan, namun kenangan suka duka di zaman sekolah tetap segar dalam ingatan. Sejak 2-3 hari kebelakangan ni, takdela bosan sangat kat rumah. Yela…adik-adik balik bercuti, cuma sorang je yang belum bercuti. Riuh balik rumah ni. Masa diorang baru balik hari tu, memang macam-macam cerita aku dengar dari kedua-diua orang adikku yang begitu excited nak cerita hal masing-masing. So, apa lagi, layan je diorang tu. Bila cuti sekolah bermakna tugasan memasak kat rumah ni pun agak berkurangan. Hehehe…:) maklumlan, time ni la ramai yang buat walimah. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ayah dapat jemputan untuk marhaban dan tak kurang jugak menjadi saksi nikah. Hmm…untung gak time cuti sekolah ni. Makan dapat, upah saksi nikah pun dapat. Hehehe…kata ayah, ni la tugas dia selepas bersara awal dari sepatutnya. Sebab tu ayah langsung tak risau tentang hal kewangan sebab menjadi pegawai masjid ni memang mencurah-curah rezeki.
Aku pulak agak sibuk minggu ni. Insya Allah, lusa aku akan dapat result ujian KPLI. Harap-harap aku dapat. Khamis ni pulak, ada exam. Sebelum ni, aku tak pasti sama ada nak ambil exam ni atau tak tapi setelah beristikharah, aku begitu bersemangat untuk menduduki exam ni dulu sebelum bertolak ke Skudai. Buat rakan-rakan yang akan menduduki exam yang sama, aku ucapkan selamat berjaya. Doakan kejayan untuk aku juga.
Malamnya pulak dah nak bertolak ke Skudai untuk urusan konvokesyen 29 Ogos ni. Raptai konvo jam 8:30 pagi hari Jumaat, tapi aku memang tak sempat nak hadiri raptai sebab mungkin sampai pukul 9 lebih di sana. So, sampai sana je nanti, terus nak kena uruskan pasal pengambilan jubah dan sebagainya. Penginapan untuk family pun kena diuruskan jugak. Transport lagi. Fuh…banyak betul hal yang aku kena uruskan. Tapi, semua tu boleh dikatakan dan separuh selesai, berkat bantuan dari rakan-rakan yang masih berada di UTM. Terima kasihla kepada yang banyak bantu aku… Chimet, Fahmi, Faizal…thanx a lot. Menjelang konvo ni, aku tak rasa happy sangat pun. Takde apa yang buat aku rasa bahagia walaupun aku sepatutnya rasa macam tu. Maybe sebab tak ramai gang yang sama-sama konvo kali ni. Aku cuma tumpang seronok bila ummi dan ayah bersemangat nak hadiri konvo ni. Bagi pihak aku, keseronokan kedua-duanya insan yang tersayang ni bermakna keseronokan aku juga. Tapi yang paling sedih, adik-adik pun tak dapat nak ikut. Cuma sorang je yang berkesempatan untuk turut serta. Dua orang adikku lagi sibuk dengan urusan masing-masing - sorang tak dapat cuti, yang sorang lagi pulak terpaksa struggle untuk trial SPM. Tak best la tak dapat nak kumpul semua. Sedangkan sebelum ni, aku berangan-angan nak kumpul satu family untuk konvo ni.
Habis konvo, aku bakal berdepan pulak dengan program PAC. Wow, lagi la mencabar. Aku dah tengok tentatif program PAC ni. Macam-macam ada. Antaranya, aku terpaksa menyampaikan syarahan umum (public speaking) dalam BM & BI. Pastu ada pulak sesi debat ala parlimen, both in BM & BI. Yang paling aku tak tahan, program merentas desa sejauh 2.4 km. Huhuhu…dah lama tak aktif dalam sport ni, mampu ke aku nak lari?? Terasa lawak la pulak. Nak tak nak, kena la prepare something untuk setiap sesi. Untuk sesi public speaking dan debat, terpaksa la aku cari bahan-bahan dan buat kajian serba-sikit pasal isu semasa sekarang ni. Siapkan isi untuk beberapa tajuk dan kena la mula berlatih cakap sorang-sorang depan cermin macam nasihat Musyazu. Musyazu, time kasih sebab bagi banyak tips kat aku. Untuk acara merentas desa, terpaksa la ajak adik-adik temankan jogging, panjat bukit kat taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah aku ni. Dah lama aku tak berkunjung ke taman rekreasi tu - Taman Tema Bandar Darul Aman. Bukan apa, ramai sangat yang beriadah kat situ, tu yang buat aku segan.
Inilah perancangan aku untuk minggu-minggu yang mendatang. Apa pun, aku sendiri tidak pasti apakah aku masih berkesempatan untuk meneruskan perancangan yang telah aku jangkakan kerana pastinya perancangan Allah lebih sempurna. Jika aku masih panjang umur, Insya Allah, aku akan berpeluang untuk berhadapan dengan semua perancangan tersebut. Namun, andai kata masaku telah tiba, ku pohon berbanyak keampunan kepada seluruh sahabat yang mengenali diriku yang maha dhaif ini…
Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 0 Comments
Chaiyuk!!
August 15th, 2005 by alonganis
Go go! Chaiyuk!! Hehehe….salah satu trademark yang aku ciplak dari cerita Korea - Full House. Well, 1stly nak ucapkan terima kasih dulu banyak-banyak kat Azmal dan ex-utmp atas komen kalian. Walaupun dah lama lost contact dengan Azmal ni, tapi bila dapat jumpa balik dalam Friendster, aku terharu sangat dengan kata-kata semangat dari dia. ex-utmp pulak, identiti dia masih menjadi misteri walaupun aku dah request tentang identiti dia sebelum ni. Katanya perlu ke aku tahu identiti ex-utmp ni sebab semuanya adalah ex-utmp. Walau macamanapun, aku akan terus menjejaki siapa gerangan sebenar ex-utmp ni.
Oh ye…tak lupa jugak nak ucapkan terima kasih pada semua rakan yang selama ni banyak bagi semangat, dorongan dan buah fikiran di kala aku sentiasa perlukan sokongan dari kalian. Azmal, Chimet, Dillah, ex-utmp, Fahmi, Faizal, Huda, Littz, Musyazu, Nina, Nisah, Rona dan semua, jazakallahu khairan kathiira…
Hmmm…seperti biasa, tugas aku di rumah untuk hari ni dah selesai. So masa terluang camni la aku gunakan untuk update blog ni. Semalam, aku dapat 2 surat dari SPA. Hehehe…memang dah jadi rutin aku sejak tamat belajar ni asyik tunggu posmen lalu depan rumah. Rutin yang sama masa aku habis SPM dulu. Masa tu tunggu posmen untuk mana-mana offer dari U. Sekarang ni pulak, tunggu posmen untuk offer kerja.
Opss…berbalik pada 2 surat yang aku dapat dari SPA. Salah satu daripadanya adalah surat panggilan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Menurut surat tu, peperiksaan tu akan diadakan 25 Ogos ni, dari jam 9 pg - 4 ptg. Pusat ujian kat Dewan Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra. Menurut surat tu, ada 2 bahagian iaitu Bhgn I - Psikologi & Bhgn II - Kecenderungan dan semua soalan dalam bentuk objektif. Dalam Bhgn I - Psikologi, ada 2 seksyen iaitu Seksyen A - Sahsiah Diri (200 soalan - 1 jam) & Seksyen B- Minat (227 soalan - 40 minit). Bhgn II - Kecenderungan merangkumi 3 seksyen; Seksyen A - Pengetahuan Am (50 soalan - 40 minit), Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan - 45 minit) & Seksyen C - Kefahaman BI & BM (40 soalan - 45 minit).
Rasanya soalan lebih kurang macam Peperiksaan PTD yang aku ambil bulan Jun lepas. Aku memang bersedia untuk ambil peperiksaan ni, tapi yang menjadi masalahnya, aku dah ada di Skudai masa tarikh ni. Ada hal aku nak kena uruskan berhubung konvokesyen 27 - 29 Ogos ni. Tapi tiket bas untuk ke Skudai tak beli lagi. Maknanya aku masih boleh beristikharah sama ada ambil exam ni dulu atau tak.
Surat kedua pulak surat panggilan untuk ke Program Assessment Centre (PAC) bagi urusan pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada 9 - 11 September akan datang. Program PTD Assessment Centre (PAC) ni merupakan penilaian selanjutnya setelah aku berjaya dalam Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan PTD Jun lalu. Untuk program PAC ni, aku diminta untuk melaporkan diri pada 9 September di Intan Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani. Insya Allah, aku akan mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Cuma, yang aku ragukan tentang persediaan aku untuk menghadapi penilaian selanjutnya ini. Daripada hasil carian aku di Internet, penilaian kali ni memang agak mencabar kerana pelbagai program LDK dan individu bakal diatur untuk menilai kemampuan sebagai bakal PTD. Pun begitu, kebanyakan daripada peserta yang pernah mengikuti program PAC mengakui pengalaman yang diperoleh daripada program ni cukup berharga dan rata-rata sanggup untuk mengikuti lagi program yang sama sekiranya diberi kesempatan. Komen daripada peserta-peserta terdahulu ni la membuatkan aku turut bersemangat untuk mencuba dan melalui setiap pengalaman yang berharga tersebut.
Hmm…kepada sesiapa lagi yang turut dipanggil untuk program PAC ni, bolehla kita sama-sama berkongsi pendapat. Kat sini aku sertakan beberapa link untuk rujukan bagi yang turut berminat untuk mengetahui tentang program PAC ni. Harap kalian dapat sedikit manfaat daripada coretan aku kali ni…
http://look_again.blogspot.com/2005/05/things-i-wish-they-have-known-during.html
http://look_again.blogspot.com/2005/03/how-to-do-well-at-ptd-assessment.html
Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 1 Comments
Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal - D.U.I.T
August 12th, 2005 by alonganis
Sabtu…8 Rejab 1426 / 13 Ogos 2005
Dah lama rasanya tak coretkan apa-apa kat blog ni. Maklumla, kena ikut mood & ilham jugak kalau nak update blog ni. Lagi pun, kadang-kadang rasanya lebih selesa bercerita kepada diari daripada blog ni. Sebab menulis diari dah memang menjadi tabiatku sejak di sekolah rendah lagi. Lagi pun, tak semua perkara kita boleh kongsi dengan setiap orang.
Hmm….sekitar 2-3 minggu ni, aku agak sibuk sebenarnya. Walaupun masih belum terikat dengan mana-mana company atau majikan tetap, aku tetap sibuk dengan urusan peribadi dsb. Masuk bulan ni, dah 4 bulan aku kembali menjadi penghuni tetap di rumah di samping ummi & ayah.
Sepanjang 4 bulan bergelar unemploy graduate, macam-macam yang aku rasa. Gembira, bosan, sedih, moody…pendek kata macam-macam ada. Sepanjang 4 bulan ni jugak, dah 3 kali aku attend ujian kelayakan untuk jawatan-jawatan tertentu. Antaranya ujian kelayakan kemasukan Peg. Tadbir Diplomatik (7-8 Jun), ujian personaliti Peg. Penyelidik Sosial UUM (21 Jun) dan KPLI MTEST (25 Jun). Alhamdulillah, 1 daripadanya aku dah lulus dan sedang menanti untuk ujian saringan kedua. Insya Allah, keputusan ujian KPLI pula bakal diumumkan 24 Ogos ni. Buat semua sahabat yang turut menunggu keputusan KPLI, aku doakan kalian berjaya dan aku harap kalian juga mendoakan kejayaanku.
Khamis (11 Ogos) lalu, aku telah dipanggil untuk sesi interview yang pertama sejak tamat pengajian. Terkejut jugak bila dapat call dari PRIME COLLEGE, Bukit Mertajam, Penang, mengatakan aku antara short listed candidates untuk sesi interview sebagai pensyarah di sana. Alhamdulillah, syukur. Ni kali kedua aku dipanggil untuk mencuba nasib sebagai pensyarah. Sebelum ni, Kolej Yayasan Melaka pernah offer jawatan yang sama, tapi aku tak pegi. Bukan tak berminat, cuma masa tu ummi & ayah tak berapa galakkan. Alasannya jauh sangat. So aku redha dengan permintaan ummi & ayah dan melepaskan peluang tu dengan harapan pasti akan ada hikmah di sebaliknya.
Pengalaman interview di PRIME COLLEGE memang menarik walaupun pada mulanya aku langsung tak yakin pada diri. Maklumla, aku calon yang termuda dan paling jauh. Namun, kehadiran ummi & ayah bersama-samaku sepanjang sesi interview menaikkan semangat dan menambahkan keyakinan diri. Dengan hanya berbekalkan tawakal kepada Yang Maha Esa, aku melangkah masuk dan berdepan dengan seorang pegawai di situ. Wow…1st time tengok dia memang nervous sangat sebab Encik Yusri ni nampak strict je. Lepas dia pelawa duduk, dia terus tanya "May I handle this interview session in English?" Aku mengiakan dan dia minta aku berikan penerangan ringkas tentang diriku. Sesi interview berlangsung selama sejam lebih. Macam-macam yang ditanya. Sepanjang tempoh masa tu, aku teringat pesan ayah dan seorang sahabat agar sentiasa berselawat. Itulah satu cara untuk menghilangkan rasa gementar yang aku rasa. Ternyata memang selawat nabi berkesan menngurangkan rasa gementar dan akhirnya aku berhadapan dengan Encik Yusri tanpa sebarang rasa gentar.
Alhamdulillah, sesi interview yang pertama ni ternyata meningkatkan tahap keyakinan diriku walaupun permohonanku dimasukkan dalam senarai menunggu atau lebih tepat dikategorikan oleh Encik Yusri sebagai "KIV Lecturer". Alasannya aku terlalu muda dan masih belum mempunyai sebarang pengalaman. Aku tak nafikan itu semua sebab aku fresh graduate yang tak pernah ada pengalaman mengajar lebih daripada 1 minggu. Pengalaman bergelar tutor short course yang pernah aku handle untuk staf Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga staf BSN cawangan Utara Kedah tak begitu meyakinkan Encik Yusri untuk aku berhadapan dengan foreign students di PRIME COLLEGE. Pun begitu, Encik Yusri sendiri memberi jaminan akan menerima permohonanku sekiranya aku berusaha sendiri untuk memperoleh pengalaman bekerja dalam sebarang bidang. Tambahan pula, dia sendiri yang akan mencadangkan namaku sebagai salah seorang pensyarah tetap di kolej berkenaan dengan syarat aku berusaha sendiri untuk membuktikan kemampuan diriku yang sebenar. Encik Yusri memberi kata dua kepadaku sama ada menunggu panggilan selanjutnya atau mengikuti SLG yang turut ditawarkan kepadaku. Namun, aku memilih untuk menunggu panggilan selanjutnya kerana aku akan berusaha sendiri mencari pengalaman dalam masa yang terdekat. Cabaran Encik Yusri akan aku sahut dan Insya Allah aku akan kembali berhadapan dengannya suatu hari nanti. Semoga Allah membantuku dan mempermudahkan segala urusanku…Amiin…
Ya Rahman, hanya Dikau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba Mu, maka berikanlah hidayah-Mu kepadaku agar aku sentiasa memperoleh yang terbaik dari-Mu…
"Behind every success is ambition…
behind every ambition is effort…
behind every effort is someone who’s willing to try!"
Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 1 Comments
To My Friends…
July 27th, 2005 by alonganis
If you should die before me, ask if you could bring a friend. (Stone Temple Pilots)
If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day, so I never have to live without you. (Winnie the Pooh)
True friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it is lost. (Charles Caleb Colton)
A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out. Don’t walk in front of me, I may not follow. Don’t walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend. (Albert Camus)
Strangers are just friends waiting to happen. Friends are the Bacon Bits in the Salad Bowl of Life Friendship is one mind in two bodies. (Mencius)
Friends are God’s way of taking care of us. I’ll lean on you and you lean on me and we’ll be okay (Dave Matthews)
If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn’t jump with them, I’d be at the bottom to catch them. Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don’t say. We all take different paths in life, but no matter where we go, we take a little of each other everywhere. (Tim McGraw)
My father always used to say that when you die, if you’ve got five real friends, then you’ve had a great life. (Lee Iacocca)
Hold a true friend with both your hands. (Nigerian Proverb)
A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words. (Unknown)
Posted in ~ Mutiara Kata ~ | | | 0 Comments
Manfaatkan Diri Untuk Insan Lain
July 27th, 2005 by alonganis
Semalam, aku sempat berdiskusi ilmiah dengan ayah tentang "Manfaatkan Diri Kita Untuk Insan Lain." Sejak ayah bersara pilihan, selalu jugak aku berdiskusi dengan ayah tentang macam-macam hal. Biasala…aku sememangnya manja dengan ayah, malah aku lebih rapat dengan ayah sejak kecil berbanding dengan ummi. Kalau kat rumah, ada-ada saja topik perbincangan hangat yang akan kami debatkan bersama. Menarik!!! Kadang-kadang aku menang, kadang-kadang ayah menang. Hmmm…sememangnya ayah bijak menyusun kata. Selama aku berjuang sama ada di alam persekolahan mahupun di universiti, kata-kata puitis indah dan perangsang dari ayah banyak menaikkan semangat aku.
Topik menarik yang ayah tazkirah semalam ingin aku kongsi untuk tatapan sesiapa saja yang sudi membaca personal blog ni. Antara isi utama yang ayah sampaikan semalam ialah tentang sejauh mana kita dah manfaatkan diri kita untuk insan lain. Dalam erti kata lain, sejauh mana kita dah berbakti pada insan lain. Kata ayah, jangan sekali-kali kita pertikaikan apa sumbangan/bakti orang pada kita sebaliknya muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup ni, adakah kita berupaya memanfaatkan diri untuk kebahagiaan orang lain. Ayah kata, Allah berfirman bahawa sesungguhnya Rasulullah itu adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sebab tu la, kita juga kena didik diri untuk menjadi rahmat kepada alam, insan dan lain-lain makhluk ciptaan Allah.
Bila aku fikirkan balik tazkirah ayah tu, penuh dengan makna tersirat dan tersurat. Aku jua tertanya sendiri, selama hampir 23 tahun aku dihidupkan, apa manfaat aku pada insan lain?? Pernah ke orang anggap diri aku ni bermanfaat?? Kalau ada, alhamdulillah… Tapi kalau takde, aku perlu betulkan diri untuk dimanfaatkan kepada insan lain. Hmmm…memang betul Allah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini tapi adakah kita betul-betul dah asuh diri untuk jadi khalifah? Persoalan ni yang perlu kita tanya pada diri masing-masing. Kata ayah lagi, kalaulah kita boleh nampak betapa besarnya pahala yang Allah janjikan pada setiap hambaNya yang memanfaatkan dirinya untuk kebahagiaan orang lain, tentu berebut-rebut setiap makhluk di muka bumi ni nak memanfaatkan dirinya. Tapi itulah perancangan Allah. Setiap ganjaran yang bernilai ‘dikaburkan’ daripada pandangan maknawi. Tujuannya supaya kita sendiri yang fikirkan tentang ganjaran tersebut. Kalau Allah zahirkan ganjaran tersebut sebagaimana gambaran limpahan pahala yang bertimbun-timbun seperti wang ringgit, tentu manusia ni akan bersaing untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Masa tu, mungkin niat kita dah tak seiring dengan perbuatan - semuanya dilakukan bukan dengan ikhlas sebaliknya mengharapkan ganjaran yang dizahirkan. Masya Allah…begitu tersurat dan tersurat perancangan Allah. Kita jugak yang tak sedar…
Posted in ~ Tazkirah ~ | | | 1 Comments
Perpisahan Sementara
July 27th, 2005 by alonganis
Dah 3 hari aku keseorangan di rumah. Adikku, Ilah, yang selama ini menjadi peneman setiaku di rumah, kini dah jadi penghuni di Politeknik Kulim (PKU). Saat ‘perpisahan sementara’ ini sedikit sebanyak membuatkan aku tersentak bahawa sesungguhnya detik-detik bersama dengan insan-insan tersayang sebenarnya amat berharga dalam kamus hidup setiap insan. Betul jugak pendapat sesetengah orang bahawa kita tidak akan menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya. Biasala, nama pun adik beradik. Ada ketikanya bertengkar jugak kerana hal yang remeh-temeh. Tapi bila dah keseorangan macam ni, (status anak tunggal sementara), rasa bosan pulak. Mungkin sebab dah takde teman nak bergaduh. Hehehe… Aku rasa Ayah & Ummi pun sedikit-sebanyak terasa jugak dengan pemergian Ilah ke PKU. Maklumla, sebelum ni dia sorang je yang tetap setia menemani Ummi & Ayah di kala aku dan 2 orang lagi adikku nun jauh di tempat orang. Hmm…tapi yang menariknya, aku dan Ilah je yang agak lambat berenggang dengan Ummi & Ayah kalau dibandingkan dengan Nani & Syuhaida. Aku dgn Ilah mula berhijrah selepas SPM tapi Nani & Syuhaida sejak dr Form 1 lg. Dan sekarang aku terpaksala jadi anak manja macam kecik-kecik dulu. ;-p To Ilah…akak, Ayah & Ummi sentiasa doakan semoga Ilah sentiasa dipayungi Nur Kasih Allah. Best of luck in your study… Make all of us be proud of your future success, sis!!
Kelmarin, aku terpaksa berpisah pulak dengan Dillah (best friend sejak kat SKJ dulu). Dillah pun dah tinggalkan aku sebab terpaksa balik ke German untuk meneruskan perjuangan studinya setelah bercuti 3 minggu. Rasanya macam baru je aku jemput Dillah kat airport tanggal 3 Julai yang lalu. Dan 26 Julai, aku jugak yang menghantar Dillah ke airport untuk bertolak balik. Sedihnya tak dapat nak gambarkan. Dah la sehari sebelum tu baru je berpisah dengan adik. Hmmm…tapi takdela sedih sangat. Insya Allah, kedua-dua perpisahan ini hanyalah sementara. Anyway, Dillah…pass auf dich auf. Viel Gluck… (tu je bahasa German yang sempat Dillah ajar!!).
"WHAT IS MOST VALUABLE IS NOT WHAT YOU HAVE IN YOUR LIFE BUT WHO YOU HAVE IN YOUR LIFE."
Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 0 Comments
~ Power of Universe ~
July 23rd, 2005 by alonganis
Like earth…know balance,
Like wind…fly free,
Like fire…be alive,
Like water… feel peaceful.
The power of the universe is within you!!
Posted in ~ Motivasi ~ | | | 0 Comments
~ a L m U q A d D i M a H ~
July 23rd, 2005 by alonganis
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…
Ya Rahmaan… Kupohon secebis dari Nur Kasih-Mu agar aku jua berupaya menjadi hamba-Mu yang mengasihi dan dikasihi
Ya ‘Aziiz… Kupinta secubit dari kemuliaan-Mu agar aku jua bisa memuliakan dan dimuliakan
Ya Ghaffaar… Kudambakan setulus keampunan-Mu agar aku menjadi insan yang memaafkan dan dimaafkan
Ya Lathiif… Kuharapkan sekelumit kelembutan-Mu agar aku tidak tergolong dalam hamba-Mu yang keras hatinya
Ya Hafiiz… Peliharakan daku agar aku terpelihara dari segala kehinaan di dunia dan di akhirat
Ya Allah… Engkau redhailah segala niatku, amalanku, tindakanku agar kepincangan akibat daripada kelemahanku terlindung dari fitnah dunia
p/s : Semoga muqaddimahku pada coretan blog :: a n i s a z i z a n :: ini dapat memanfaatkan dan dimanfaatkan…
Posted in Uncategorized | | | 1 Comments
Next Entries »Categories
- Comments Review (1)
- Songs n Lyrics (1)
- Uncategorized (6)
- ~ Corat-Coret ~ (6)
- ~ Motivasi ~ (1)
- ~ Mutiara Kata ~ (1)
- ~ Renungan Peribadi ~ (1)
- ~ Tazkirah ~ (1)
Archives
- March 2009
- May 2008
- January 2008
- August 2007
- April 2007
- March 2007
- December 2005
- November 2005
- October 2005
- August 2005
- July 2005
Blogroll
