Recent update
Here I Go Again!
March 26th, 2007 by alonganis
26 Mac 2007 / 7 Rabiul Awal 1428
Dah lama juga aku tak menulis kat blog ni…Rasanya dah setahun lebih…Mungkin masa kurang mengizinkan untuk aku terus mencoret idea dalam blog ni…Kadang² bila dah ada masa, internet pula problem…
Banyak juga perubahan yang dah aku lalui dalam tempoh lebih setahun ni…. Pertama sekali tentulah dari segi bidang kerja…Aku dah tak involve dalam kerja² yang melibatkan komputer lagi…Bila fikir² balik, sayang juga tinggalkan dunia coding, programming dsb…Tapi apa nak buat…Rezeki aku lebih dalam bidang management agaknya…Sementelah pula bidang tugas aku sekarang banyak melibatkan urusan yang berkaitan dengan law…Law?? Mesti ada yang hairan apa bendalah yang aku buat sekarang ni kan?? Hehehe…actually aku sekarang memantau, mengendalikan dan menguruskan semua hal² yang berkaitan dengan tatatertib pensyarah, pegawai dan staf. Pening betul apabila berhadapan dengan prima facie kes, pertuduhan kes dan pelbagai prosedur lain dalam urusan tatatertib pegawai awam dan pegawai pendidikan ni. Bayangkan nak cover semua kes di kementerian, 20 buah IPTA, 21 buah Politeknik dan 34 buah Kolej Komuniti yang melibatkan 2 skim yang berbeza…Itu belum kira surat aduan dan surat layang…Semuanya nak kena kaji…Namun, aku sentiasa positifkan diri…mungkin ini peluang untuk aku kayakan diri dengan ilmu. Sampai sekarang pun aku masih belajar dengan Penasihat Undang-Undang tentang cara nak buat pertuduhan kes…menarik!!!
Dalam setahun ni juga, aku dah berjaya mengharungi dan menghabiskan sesi kursus Diploma Pengurusan Awam selama 6 bulan bermula 10 Julai 2006 – 5 Januari 2007 yang lalu…Enam bulan tak buat kerja ofis…Bila lapor diri semula di Kementerian 8 Januari lalu, aku sedikit blur…Anyway, aku enjoy sepanjang 6 bulan berkursus bersama² rakan² PTD 2/2005 yang memang sentiasa supportive and caring…Thanx a lot to all PTD batch 2/2005 especially ex-sidang B. Di sini, ingin aku imbau kembali pengalaman yang cukup berharga sepanjang 6 bulan di INTAN…
Kenangan bersama dengan Platun 3 (Platun Gagak) semasa Modul Disiplin & Ketahanan Diri : Tentera di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Johor (30/07/06 – 05/08/06) cukup menaikkan semangat untuk bertempur dengan kekuatan fizikal & mental individu. Peluang menggunakan senjata M16 dengan peluru hidup semasa ujian menembak dan juga peluru kapur semasa aktiviti ambush di tengah malam dalam hutan betul² mencabar diri. Ditambah pula dengan ekspedisi mendaki Gunung Lambak, battle inoculation yang memerlukan semangat setia kawan yang tinggi…
Berhadapan dengan ombak dan angin di laut semasa Modul Outward Bound School di Outward Bound Malaysia, Lumut (13/08/06 – 19/08/06) betul² menginsafkan aku akan kebesaran Dia Yang Satu…Pengalaman berkayak yang tak sempat sampai ke destinasi disebabkan angin kencang mengelilingi Pulau Pangkor dan berwhaler ke Pualu Rumbia walaupun terpaksa ditunda disebabkan cuaca buruk tetap menyeronokkan walaupun baru aku tahu rupanya aku mabuk laut… But one thing I realize, I love the OB spirit!!!
Cabaran diteruskan lagi dengan pengalaman menjadi anggota PDRM selama seminggu (20/08/06 – 26/08/06) di Maktab PDRM, Cheras. Walaupun Modul Disiplin & Ketahanan Diri : Polis ini berturut² dengan Modul OBS, namun setiap dari kami tetap jalankan segala aktiviti dengan semangat walaupun kadang kala syahid di kelas…Namun, bila tiba waktu operasi di malam hari bermula dengan operasi road block di Jalan Sultan Abdul Aziz dan operasi raid di kelab malam Damansara membuatkan setiap dari kami teruja untuk merasai peluang menjadi anggota polis…Mana taknya, dengan full set uniform, kami menahan dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan di jalan raya dan juga memeriksa air kencing GRO dan pengunjung kelab malam bagi mengesan pengambilan dadah…Namun, apa yang kesalkan, berhadapan dengan GRO yang semuanya anak Melayu di samping customer yang terdiri dari bangsa asing…Sedih melihat anak Melayu kita dalam usia muda giat mencari rezeki dengan cara begitu…Ujian menembak dengan menggunakan pistol membuatkan aku sedikit nervous namun keputusan ujian agak memberangsangkan. Alhamdulillah, lulus juga akhirnya untuk ujian menembak dan ujian bertulis….
Dari polis, aku menimba pengalaman di penempatan kampung untuk Modul Penempatan Daerah. Destinasi kampung aku ialah di daerah Kuala Pilah, Mukim Juasseh. 10 hari tinggal bersama keluarga angkat betul² me’release’kan aku dari kebosanan menghadap kuliah di INTAN. Pelbagai program masyarakat kampung disusun untuk mengeratkan ukhuwah dengan penduduk kampung. Di rumah mak angkat juga, aku sempat belajar buat acar buah, kuih bangkit cina, kek lapis Sarawak dan juga serunding. Namun, nak kata dah mahir tak juga. Inilah modul penentu untuk aku lulus dalam kursus DPA memandangkan aku perlu menyiapkan kajian kampung yang ala-ala tesis sebagai syarat pelengkap kursus. Dengan tajuk kajian yang berkisarkan aktiviti pelancongan dan kebudayaan, aku berjaya ‘menggoreng’ tesis tersebut demi untuk memenuhi keperluan kursus.
Dalam masa bergelut dengan tesis kampung, aku terpaksa hadiri Modul Disiplin & Ketahanan Diri yang terakhir iaitu Modul Bomba di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu (10/12/06 – 16/12/06). Seperti biasa, bila time kuliah, itulah peluang terbaik untuk melelapkan mata, namun bila tiba aktiviti berbentuk fizikal, aku gagahkan diri untuk habiskan semua program yang ditetapkan. Modul Bomba inilah yang paling mencabar jika dibandingkan dengan Modul Tentera & Polis. Kesempatan mengangkat hose pemadam api yang cukup berat, memakai uniform memadam api yang tebal² dan pengalaman memadamkan api yang berpunca daripada minyak dan gas dengan mengusung silinder udara seberat 25kg di belakang membuatkan aku respect dengan tugas anggota bomba. Kerja usung hose semasa aktiviti kawad hose dirasakan amat berat namun berkat semangat rakan², aku harungi jua. Hehehe….memang seronoklah bergelumang dengan silinder udara yang berat² tu…Balik hostel, tidur sure nyenyak sebab letih sangat…
Pengalaman lain?? Banyak lagi…tapi sambung next time la pulak… Gambar kenangan?? Banyak dalam kamera member². Tengah nak cari balik… Yang ada pada aku sikit sangat…Maklumlah, takde kamera sendiri…
Hmm…demikianlah lebih kurang catatan hidup aku sepanjang setahun yang lalu…Buat rakan² yang sering anggap kerja kerajaan ni mudah, ubah²lah cara pemikiran korang tu…Kerja gomen sekarang sama mencabar macam kerja swasta, cuma gajinya tak semewah swasta. Apa pun, kami golongan SYMP…
Posted in ~ Corat-Coret ~ | | |
3 Responses to ' Here I Go Again! '
Leave a reply
Categories
- Comments Review (1)
- Songs n Lyrics (1)
- Uncategorized (6)
- ~ Corat-Coret ~ (6)
- ~ Motivasi ~ (1)
- ~ Mutiara Kata ~ (1)
- ~ Renungan Peribadi ~ (1)
- ~ Tazkirah ~ (1)
Archives
- March 2009
- May 2008
- January 2008
- August 2007
- April 2007
- March 2007
- December 2005
- November 2005
- October 2005
- August 2005
- July 2005
Blogroll

on March 30th, 2007 at 4:42 am
salam..
kak anis makin cute aa skg
lama dah x nnmpak since convo my dear along aritu
mcm pelik je keje akak skg, tpi menarik
xpnah dgr:)
neway, gud luck in life undertaking ea
on June 30th, 2007 at 6:11 am
salam akak anis. seronok btl bila sy baca post akak pasal dpa ni. btl2 mencabar. klu blh, sy nk add akak sbgai kwn sy dlm friendster.nk mtk izin akak la ni
ni url friendster sy http://www.friendster.com/aghazali .email sy lady.erin@yahoo.com sy hrp dpt kebenaran akak.
on April 22nd, 2008 at 8:34 am
hi anis..saya mushira..saya baru baca blog anis mengenai PAC kerana rakan-rakan saya pernah memasuki ujian PAC..saya juga dalam proses akan menduduki ujian PAC tak lama lagi. walau bagaimanapun satu soalan yang saya ingin tanya kepada anis bagi pihak semua orang yang mempunyai soalan sama…selain berpakaian sopan dan kemas, adakah ini bermaksud PAC mewajibkan calon yang tidak bertudung untuk bertudung sepanjang menjalankan PAC?apabila berjaya di peringkat ini, adakah di peringkat akan datang mewajibkan pemakaian tudung?bagaimana pula semasa bekerja dengan kerajaan kelak?diharap anis dapat menjawab persoalan ini secepat mungkin melalui email saya pinkhart@excite.com. terima kasih.