Recent update

Subscribe to RSS feed

Cuti Sekolah…Exam…Konvo…PAC

August 21st, 2005 by alonganis

Isnin…17 Rejab 1426 / 22 Ogos 2005

Cuti sekolah datang lagi. Walaupun dah lama meninggalkan alam persekolahan, namun kenangan suka duka di zaman sekolah tetap segar dalam ingatan. Sejak 2-3 hari kebelakangan ni, takdela bosan sangat kat rumah. Yela…adik-adik balik bercuti, cuma sorang je yang belum bercuti. Riuh balik rumah ni. Masa diorang baru balik hari tu, memang macam-macam cerita aku dengar dari kedua-diua orang adikku yang begitu excited nak cerita hal masing-masing. So, apa lagi, layan je diorang tu. Bila cuti sekolah bermakna tugasan memasak kat rumah ni pun agak berkurangan. Hehehe…:) maklumlan, time ni la ramai yang buat walimah. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ayah dapat jemputan untuk marhaban dan tak kurang jugak menjadi saksi nikah. Hmm…untung gak time cuti sekolah ni. Makan dapat, upah saksi nikah pun dapat. Hehehe…kata ayah, ni la tugas dia selepas bersara awal dari sepatutnya. Sebab tu ayah langsung tak risau tentang hal kewangan sebab menjadi pegawai masjid ni memang mencurah-curah rezeki.

Aku pulak agak sibuk minggu ni. Insya Allah, lusa aku akan dapat result ujian KPLI. Harap-harap aku dapat. Khamis ni pulak, ada exam. Sebelum ni, aku tak pasti sama ada nak ambil exam ni atau tak tapi setelah beristikharah, aku begitu bersemangat untuk menduduki exam ni dulu sebelum bertolak ke Skudai. Buat rakan-rakan yang akan menduduki exam yang sama, aku ucapkan selamat berjaya. Doakan kejayan untuk aku juga.

Malamnya pulak dah nak bertolak ke Skudai untuk urusan konvokesyen 29 Ogos ni. Raptai konvo jam 8:30 pagi hari Jumaat, tapi aku memang tak sempat nak hadiri raptai sebab mungkin sampai pukul 9 lebih di sana. So, sampai sana je nanti, terus nak kena uruskan pasal pengambilan jubah dan sebagainya. Penginapan untuk family pun kena diuruskan jugak. Transport lagi. Fuh…banyak betul hal yang aku kena uruskan. Tapi, semua tu boleh dikatakan dan separuh selesai, berkat bantuan dari rakan-rakan yang masih berada di UTM. Terima kasihla kepada yang banyak bantu aku… Chimet, Fahmi, Faizal…thanx a lot. Menjelang konvo ni, aku tak rasa happy sangat pun. Takde apa yang buat aku rasa bahagia walaupun aku sepatutnya rasa macam tu. Maybe sebab tak ramai gang yang sama-sama konvo kali ni. Aku cuma tumpang seronok bila ummi dan ayah bersemangat nak hadiri konvo ni. Bagi pihak aku, keseronokan kedua-duanya insan yang tersayang ni bermakna keseronokan aku juga. Tapi yang paling sedih, adik-adik pun tak dapat nak ikut. Cuma sorang je yang berkesempatan untuk turut serta. Dua orang adikku lagi sibuk dengan urusan masing-masing - sorang tak dapat cuti, yang sorang lagi pulak terpaksa struggle untuk trial SPM. Tak best la tak dapat nak kumpul semua. Sedangkan sebelum ni, aku berangan-angan nak kumpul satu family untuk konvo ni.

Habis konvo, aku bakal berdepan pulak dengan program PAC. Wow, lagi la mencabar. Aku dah tengok tentatif program PAC ni. Macam-macam ada. Antaranya, aku terpaksa menyampaikan syarahan umum (public speaking) dalam BM & BI. Pastu ada pulak sesi debat ala parlimen, both in BM & BI. Yang paling aku tak tahan, program merentas desa sejauh 2.4 km. Huhuhu…dah lama tak aktif dalam sport ni, mampu ke aku nak lari?? Terasa lawak la pulak. Nak tak nak, kena la prepare something untuk setiap sesi. Untuk sesi public speaking dan debat, terpaksa la aku cari bahan-bahan dan buat kajian serba-sikit pasal isu semasa sekarang ni. Siapkan isi untuk beberapa tajuk dan kena la mula berlatih cakap sorang-sorang depan cermin macam nasihat Musyazu. Musyazu, time kasih sebab bagi banyak tips kat aku. Untuk acara merentas desa, terpaksa la ajak adik-adik temankan jogging, panjat bukit kat taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah aku ni. Dah lama aku tak berkunjung ke taman rekreasi tu - Taman Tema Bandar Darul Aman. Bukan apa, ramai sangat yang beriadah kat situ, tu yang buat aku segan.

Inilah perancangan aku untuk minggu-minggu yang mendatang. Apa pun, aku sendiri tidak pasti apakah aku masih berkesempatan untuk meneruskan perancangan yang telah aku jangkakan kerana pastinya perancangan Allah lebih sempurna. Jika aku masih panjang umur, Insya Allah, aku akan berpeluang untuk berhadapan dengan semua perancangan tersebut. Namun, andai kata masaku telah tiba, ku pohon berbanyak keampunan kepada seluruh sahabat yang mengenali diriku yang maha dhaif ini…

Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 0 Comments

Chaiyuk!!

August 15th, 2005 by alonganis

Go go! Chaiyuk!! Hehehe….salah satu trademark yang aku ciplak dari cerita Korea - Full House. Well, 1stly nak ucapkan terima kasih dulu banyak-banyak kat Azmal dan ex-utmp atas komen kalian. Walaupun dah lama lost contact dengan Azmal ni, tapi bila dapat jumpa balik dalam Friendster, aku terharu sangat dengan kata-kata semangat dari dia. ex-utmp pulak, identiti dia masih menjadi misteri walaupun aku dah request tentang identiti dia sebelum ni. Katanya perlu ke aku tahu identiti ex-utmp ni sebab semuanya adalah ex-utmp. Walau macamanapun, aku akan terus menjejaki siapa gerangan sebenar ex-utmp ni. :D

Oh ye…tak lupa jugak nak ucapkan terima kasih pada semua rakan yang selama ni banyak bagi semangat, dorongan dan buah fikiran di kala aku sentiasa perlukan sokongan dari kalian. Azmal, Chimet, Dillah, ex-utmp, Fahmi, Faizal, Huda, Littz, Musyazu, Nina, Nisah, Rona dan semua, jazakallahu khairan kathiira…

Hmmm…seperti biasa, tugas aku di rumah untuk hari ni dah selesai. So masa terluang camni la aku gunakan untuk update blog ni. Semalam, aku dapat 2 surat dari SPA. Hehehe…memang dah jadi rutin aku sejak tamat belajar ni asyik tunggu posmen lalu depan rumah. Rutin yang sama masa aku habis SPM dulu. Masa tu tunggu posmen untuk mana-mana offer dari U. Sekarang ni pulak, tunggu posmen untuk offer kerja.

Opss…berbalik pada 2 surat yang aku dapat dari SPA. Salah satu daripadanya adalah surat panggilan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Menurut surat tu, peperiksaan tu akan diadakan 25 Ogos ni, dari jam 9 pg - 4 ptg. Pusat ujian kat Dewan Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra. Menurut surat tu, ada 2 bahagian iaitu Bhgn I - Psikologi & Bhgn II - Kecenderungan dan semua soalan dalam bentuk objektif. Dalam Bhgn I - Psikologi, ada 2 seksyen iaitu Seksyen A - Sahsiah Diri (200 soalan - 1 jam) & Seksyen B- Minat (227 soalan - 40 minit). Bhgn II - Kecenderungan merangkumi 3 seksyen; Seksyen A - Pengetahuan Am (50 soalan - 40 minit), Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan - 45 minit) & Seksyen C -  Kefahaman BI & BM (40 soalan - 45 minit).

Rasanya soalan lebih kurang macam Peperiksaan PTD yang aku ambil bulan Jun lepas. Aku memang bersedia untuk ambil peperiksaan ni, tapi yang menjadi masalahnya, aku dah ada di Skudai masa tarikh ni. Ada hal aku nak kena uruskan berhubung konvokesyen 27 - 29 Ogos ni. Tapi tiket bas untuk ke Skudai tak beli lagi. Maknanya aku masih boleh beristikharah sama ada ambil exam ni dulu atau tak.

Surat kedua pulak surat panggilan untuk ke Program Assessment Centre (PAC) bagi urusan pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada 9 - 11 September akan datang. Program PTD Assessment Centre (PAC) ni merupakan penilaian selanjutnya setelah aku berjaya dalam Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan PTD Jun lalu. Untuk program PAC ni, aku diminta untuk melaporkan diri pada 9 September di Intan Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani.  Insya Allah, aku akan mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Cuma, yang aku ragukan tentang persediaan aku untuk menghadapi penilaian selanjutnya ini. Daripada hasil carian aku di Internet, penilaian kali ni memang agak mencabar kerana pelbagai program LDK dan individu bakal diatur untuk menilai kemampuan sebagai bakal PTD. Pun begitu, kebanyakan daripada peserta yang pernah mengikuti program PAC mengakui pengalaman yang diperoleh daripada program ni cukup berharga dan rata-rata sanggup untuk mengikuti lagi program yang sama sekiranya diberi kesempatan. Komen daripada peserta-peserta terdahulu ni la membuatkan aku turut bersemangat untuk mencuba dan melalui setiap pengalaman yang berharga tersebut.

Hmm…kepada sesiapa lagi yang turut dipanggil untuk program PAC ni, bolehla kita sama-sama berkongsi pendapat. Kat sini aku sertakan beberapa link untuk rujukan bagi yang turut berminat untuk mengetahui tentang program PAC ni. Harap kalian dapat sedikit manfaat daripada coretan aku kali ni… :-)

http://look_again.blogspot.com/2005/05/things-i-wish-they-have-known-during.html

http://look_again.blogspot.com/2005/03/how-to-do-well-at-ptd-assessment.html

Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 1 Comments

Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal - D.U.I.T

August 12th, 2005 by alonganis

Sabtu…8 Rejab 1426 / 13 Ogos 2005

Dah lama rasanya tak coretkan apa-apa kat blog ni. Maklumla, kena ikut mood & ilham jugak kalau nak update blog ni. Lagi pun, kadang-kadang rasanya lebih selesa bercerita kepada diari daripada blog ni. Sebab menulis diari dah memang menjadi tabiatku sejak di sekolah rendah lagi. Lagi pun, tak semua perkara kita boleh kongsi dengan setiap orang.

Hmm….sekitar 2-3 minggu ni, aku agak sibuk sebenarnya. Walaupun masih belum terikat dengan mana-mana company atau majikan tetap, aku tetap sibuk dengan urusan peribadi dsb. Masuk bulan ni, dah 4 bulan aku kembali menjadi penghuni tetap di rumah di samping ummi & ayah.

Sepanjang 4 bulan bergelar unemploy graduate, macam-macam yang aku rasa. Gembira, bosan, sedih, moody…pendek kata macam-macam ada. Sepanjang 4 bulan ni jugak, dah 3 kali aku attend ujian kelayakan untuk jawatan-jawatan tertentu. Antaranya ujian kelayakan kemasukan Peg. Tadbir Diplomatik (7-8 Jun), ujian personaliti Peg. Penyelidik Sosial UUM (21 Jun) dan KPLI MTEST (25 Jun). Alhamdulillah, 1 daripadanya aku dah lulus dan sedang menanti untuk ujian saringan kedua. Insya Allah, keputusan ujian KPLI pula bakal diumumkan 24 Ogos ni. Buat semua sahabat yang turut menunggu keputusan KPLI, aku doakan kalian berjaya dan aku harap kalian juga mendoakan kejayaanku.

Khamis (11 Ogos) lalu, aku telah dipanggil untuk sesi interview yang pertama sejak tamat pengajian. Terkejut jugak bila dapat call dari PRIME COLLEGE, Bukit Mertajam, Penang, mengatakan aku antara short listed candidates untuk sesi interview sebagai pensyarah di sana. Alhamdulillah, syukur. Ni kali kedua aku dipanggil untuk mencuba nasib sebagai pensyarah. Sebelum ni, Kolej Yayasan Melaka pernah offer jawatan yang sama, tapi aku tak pegi. Bukan tak berminat, cuma masa tu ummi & ayah tak berapa galakkan. Alasannya jauh sangat. So aku redha dengan permintaan ummi & ayah dan melepaskan peluang tu dengan harapan pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Pengalaman interview di PRIME COLLEGE memang menarik walaupun pada mulanya aku langsung tak yakin pada diri. Maklumla, aku calon yang termuda dan paling jauh. Namun, kehadiran ummi & ayah bersama-samaku sepanjang sesi interview menaikkan semangat dan menambahkan keyakinan diri. Dengan hanya berbekalkan tawakal kepada Yang Maha Esa, aku melangkah masuk dan berdepan dengan seorang pegawai di situ. Wow…1st time tengok dia memang nervous sangat sebab Encik Yusri ni nampak strict je. Lepas dia pelawa duduk, dia terus tanya "May I handle this interview session in English?" Aku mengiakan dan dia minta aku berikan penerangan ringkas tentang diriku. Sesi interview berlangsung selama sejam lebih. Macam-macam yang ditanya. Sepanjang tempoh masa tu, aku teringat pesan ayah dan seorang sahabat agar sentiasa berselawat. Itulah satu cara untuk menghilangkan rasa gementar yang aku rasa. Ternyata memang selawat nabi berkesan menngurangkan rasa gementar dan akhirnya aku berhadapan dengan Encik Yusri tanpa sebarang rasa gentar.

Alhamdulillah, sesi interview yang pertama ni ternyata meningkatkan tahap keyakinan diriku walaupun permohonanku dimasukkan dalam senarai menunggu atau lebih tepat dikategorikan oleh Encik Yusri sebagai "KIV Lecturer". Alasannya aku terlalu muda dan masih belum mempunyai sebarang pengalaman. Aku tak nafikan itu semua sebab aku fresh graduate yang tak pernah ada pengalaman mengajar lebih daripada 1 minggu. Pengalaman bergelar tutor short course yang pernah aku handle untuk staf Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga staf BSN cawangan Utara Kedah tak begitu meyakinkan Encik Yusri untuk aku berhadapan dengan foreign students di PRIME COLLEGE. Pun begitu, Encik Yusri sendiri memberi jaminan akan menerima permohonanku sekiranya aku berusaha sendiri untuk memperoleh pengalaman bekerja dalam sebarang bidang. Tambahan pula, dia sendiri yang akan mencadangkan namaku sebagai salah seorang pensyarah tetap di kolej berkenaan dengan syarat aku berusaha sendiri untuk membuktikan kemampuan diriku yang sebenar. Encik Yusri memberi kata dua kepadaku sama ada menunggu panggilan selanjutnya atau mengikuti SLG yang turut ditawarkan kepadaku. Namun, aku memilih untuk menunggu panggilan selanjutnya kerana aku akan berusaha sendiri mencari pengalaman dalam masa yang terdekat. Cabaran Encik Yusri akan aku sahut dan Insya Allah aku akan kembali berhadapan dengannya suatu hari nanti. Semoga Allah membantuku dan mempermudahkan segala urusanku…Amiin…

Ya Rahman, hanya Dikau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba Mu, maka berikanlah hidayah-Mu kepadaku agar aku sentiasa memperoleh yang terbaik dari-Mu…

"Behind every success is ambition…
      behind every ambition is effort…
          behind every effort is someone who’s willing to try!"

Posted in ~ Corat-Coret ~ | | | 1 Comments

Categories

Archives

Meta